Prop filem Titanic dibeli pada harga AS$718,750

Prop filem Titanic dibeli pada harga AS$718,750

PAPAN kayu itu dilelong pada harga AS$718,750. -Gambar ihsan Heritage Auctions
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang pembeli sanggup membayar AS$718,750 (RM3,403,171.82) untuk salah satu prop filem Titanic pada tahun 1997 iaitu papan kayu paling kontroversi dalam sejarah sinematik iaitu panel bingkai pintu yang menyelamatkan nyawa Rose.

Heritage Auctions me­ngumumkan sekeping kayu berhias yang dijual sebagai sebahagian daripada lelongan memorabilia filem Planet Hollywood.

Panel pintu itu diperbuat daripada kayu balsa, kata rumah lelong itu.

Selalu tersilap dirujuk sebagai pintu, struktur berhias itu sebenarnya sebahagian daripada bingkai pintu, tepat di atas pintu masuk ruang istirahat kelas pertama kapal ber­kenaan.

Rumah lelong tersebut mengakui banyak kontroversi yang menyelubungi papan kayu berkenaan.

“Prop ikonik itu menimbulkan banyak perdebatan daripada peminat, ramai daripada mereka berpendapat bahawa panel kayu terapung boleh menyokong kedua-dua Jack (Leonardo DiCaprio) dan Rose (Kate Winslet) untuk kekal terapung di dalam air yang sejuk itu,” jelas rumah lelong ber­kenaan.

Sementara itu, pengarah filem berkenaan, James Ca­meron berkata, beliau mempunyai kajian saintifik yang dilakukan dalam usaha untuk merungkaikan perdebatan umum tersebut.

“Kami mengambil dua orang lagak ngeri yang mempunyai jisim badan yang sama dengan Kate dan Leo dan kami meletakkan sensor di seluruh badan mereka.

“Kami meletakkan mereka di dalam air batu dan kami menguji sama ada mereka boleh bertahan melalui pelbagai kaedah dan jawapannya, tidak mungkin mereka berdua boleh terselamat. Hanya seorang yang boleh bertahan,” kata Cameron.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN