Program khas menanti Speedy Tigers bulan depan

Program khas menanti Speedy Tigers bulan depan

PEMAIN-Pemain hoki kebangsaan menunjukkan kesungguhan ketika menjalani sesi latihan bagi merebut tempat dalam senarai 30 terbaik yang akan diumumkan pada Isnin depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih skuad hoki senior negara, Sarjit Singh telah merangka program khas buat pemain dan akan dimulakan pada sesi latihan pasukan kebangsaan bulan depan.

Katanya, program khas itu cukup penting bagi memastikan pemain sentiasa berada pada tahap terbaik sekali gus mengelak mereka daripada ‘lemau’ dan tidak berada dalam prestasi terbaik.

Tambah Sarjit, setiap kali barisan pemain tidak menjalani latihan intensif, ia akan menyebabkan kemampuan fizikal mereka menurun seterusnya perlu bermula daripada awal bagi memperoleh kembali kekuatan masing-masing.

“Akan ada program latihan khas untuk mereka. Bila-bila masa kita perlukan, mereka sudah bersedia.Masalah kami ialah apabila mereka pulang ke rumah, mungkin tidak berlatih dan apabila kami memanggil pemain terbabit secara fizikal tidak berada dalam kedudukan yang baik untuk beraksi,” katanya.

Dalam masa sama, barisan kejurulatihan juga akan berusaha membentuk barisan pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi dalam pasukan.

“Kami mahu pemain yang boleh bermain lebih daripada satu posisi. Itulah keperluan dalam hoki moden hari ini.

“Jika anda seorang pemain tengah, anda sangat mudah alih untuk bermain di mana-mana posisi lain juga. Dan kami mempunyai pemain yang memenuhi keperluan ini,” ujarnya.

Untuk rekod, sebelum ini Sarjit memanggil seramai 46 pemain untuk menyertai latihan fasa pertama dan dibahagikan kepada tiga pasukan berbeza seterusnya akan beraksi membabitkan lapan perlawanan.

Secara keseluruhan mereka akan beraksi 480 minit dengan setiap pemain akan mempunyai masa bermain minimum 320 minit.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya