Permohonan bantuan tidak dilayan, Jasmine Suraya jual kereta dan barangan peribadi - Utusan Malaysia

Permohonan bantuan tidak dilayan, Jasmine Suraya jual kereta dan barangan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jasmine Suraya meluahkan kekecewaan apabila mendakwa permohonan dana untuk melanjutkan pengajian di akademi lakonan, Lee Strasberg Theatre & Film Institute, Los Angeles, Amerika Syarikat tidak diendahkan.

Pemilik nama Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu mendakwa, selain kerajaan negeri Sarawak, dia juga telah memohon bantuan sama kepada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) namun menerima makluman balas tidak seperti yang diharapkan.

“Sejujurnya memang saya tak dapat sebarang bantuan. Saya ada balik ke Sarawak untuk bertemu dengan wakil negeri tapi mesej dan panggilan saya tidak dipedulikan. Malah, saya sendiri menghantar mesej kepada pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman.

“Malangnya, mereka ada dana untuk perkara lain tapi tidak untuk pembangunan bakat anak seni. Saya agak terkilan.

“Tak beri kepada saya pun tak mengapa tapi bagilah kepada bakat tempatan yang tidak mendapat peluang disebabkan kesukaran hidup,” katanya.

Pelakon filem Paskal itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan, Mask Team di ibu kota pada Khamis.

Kongsi anak jati Sarawak itu juga, dia berharap agar agensi berkaitan dapat merangka perancangan yang lebih serius jika benar mahu mengangkat industri filem ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita tak patut ada slogan Road To Oscars kalau kita tidak serius. Kalau betul-betul kita nak ke peringkat antarabangsa apatah lagi anuegrah Oscars, kita patut membangunkan industri secara holistik.

“Saya merasakan mentaliti rakyat Malaysia hanyalah untuk jangka masa pendek. Bila kita mencuba sesuatu yang baharu dan ia tidak menjadi, kita jadi takut nak melabur lagi dan kembali ke zon selesa.

“Kita kena serius dalam membuat perancangan dan punyai bajet bagus. Jangan sekadar perancangan lima hingga 10 tahun. Usaha itu mungkin perlukan masa 30 tahun. Itu yang berlaku di Korea Selatan,” katanya.

Tambah Jasmine, dia terpaksa menjual barangan peribadi untuk menampung perbelanjaannya sepanjang melanjutkan pengajian di sana.

“Saya memang memerlukan perbelanjaan perbelanjaan yang tinggi hampir RM300,000 hingga RM400,000 . Kita juga sedia maklum, matawang kita sangat rendah sekarang.

“Saya hanya menjual barangan yang akan jatuh nilainya seperti kereta. Tiada guna pun nak simpan. Baik kita jual dan laburkan untuk perkara yang lebih baik.

“Saya juga menjual beberapa barangan peribadi seperti bag tangan dan kasut. Ramai juga yang bertanya, kenapa saya sanggup buat semua ini? Padahal tawaran kerja tengah banyak,”
ujarnya.

Untuk info, Jasmine berangkat ke Los Angeles semalami untuk bercuti sebelum memulakan semester pertama pada April.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya