Matthew, Junior tak ikut Harimau Malaya ke Muscat

Matthew, Junior tak ikut Harimau Malaya ke Muscat

SEBAHAGIAN Pemain Harimau Malaya yang berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebelum berlepas ke ke Muscat, Oman pagi tadi.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Matthew Davies dan Junior Eldstal tidak dapat bersama skuad Harimau Malaya ke Muscat, Oman ekoran kecederaan.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon berkata, dua pemain, Matthew dan Junior tidak melapor diri selepas JDT menerusi satu surat rasmi memaklumkan bahawa kedua-dua mereka telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac 2024.

“JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut.

“Dengan ketiadaan Matthew dan Junior, skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan,” katanya Pan Gon.

Daripada 31 pemain tersebut, seramai tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, bulan depan.

Sementara itu hanya 24 pemain yang akan dibawa ke Muscat bagi menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya