Kita sendiri yang cetus, kalau orang kecam nak buat macam mana? - Rosyam Nor - Utusan Malaysia

Kita sendiri yang cetus, kalau orang kecam nak buat macam mana? – Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mempunyai cara sendiri untuk mengendali kontroversi dan kecaman warganet yang tercetus lantaran kontroversi tertentu.

Jelasnya, dia lebih senang untuk berdiam diri dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan terutama ketika kecaman semakin menjadi-jadi lantaran kelantangannya dalam memberi pandangan.

“Saya rasa lebih mudah kalau berdiam diri bagi mengelak isu jadi lebih besar. Sekarag dunia media sosial, semua orang kena tanggung kecaman. Kalau hendak semua komen yang baik-baik sahaja, memang tak dapat.

“Konsep saya senang, terima sajalah secara terbuka. Kita sendiri yang ketengahkan, jadi kalau orang komen nak buat macam mana? Buat apa nak marah-marah,” katanya.

Rosyam ditemui pada majlis pelancaran Karnival Meriahnya Raya bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di pusat beli belah Datum Jelatek di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, nama pelakon itu ‘panas’ lagi apabila memberi pandangan mengenai faktor pusat pelacuran masih beroperasi di Malaysia pada sesi podcast yang dimuat naik di media sosial hingga dikritik hebat.

Sementara itu, Rosyam yang juga merupakan Duta Keusahawanan PKNS berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah salah faham dan dia tidak mahu menambah kekeliruan yang tercetus.

“Sebenarnya, mereka yang menonton kena faham program yang saya kendalikan itu. Apabila tidak faham, sebab itu ada yang pertikai.

“Tetapi lama kelamaan, orang mula faham mengenai program itu. Apa yang bagusnya, kontroversi itu membantu menaikkan pengikut saya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN