PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tujuh inisiatif baharu bagi memperkasakan ekonomi bumiputera di negara ini pada majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di sini, hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk meluluskan dana permulaan RM1 bilion bagi melahirkan usahawan baharu dalam kalangan bumiputera. Beliau berkata, usaha melahirkan usahawan bumiputera itu akan dipertanggungjawabkan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC). “Kerajaaan harus memberi…










