Kemelut kewangan Liga M, FAM risau campur tangan AFC, FIFA

Kemelut kewangan Liga M, FAM risau campur tangan AFC, FIFA

HAMIDIN MOHD AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut kewangan yang membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M) perlu ditangani dengan serius bagi mengelak sebarang campur tangan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, apabila berlaku tunggakan gaji, ia sesuatu yang tidak digemari oleh AFC dan FIFA, maka kelab perlu melakukan sesuatu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

“Saya banyak kali kata kepada Datuk Ghani (Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan) dan Stuart (Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam) tentang kerisauan berhubung perkara ini (masalah kewangan kelab).

“Masa saya menjadi setiausaha di Selangor tidak pernah berlaku masalah tidak bayar gaji, apabila perkara ini berlaku, ia satu penyakit yang perlu ditangani dengan serius. Saya ingat, perkara ini hanya terjadi tiga hingga empat tahun lalu.

“Apabila Melaka (United) kena (dan) Perlis kena dengan ini semua tapi seolah-olah perkara itu tak diendahkan. Itu yang saya hairan. Bila ada yang katakan MFL dan FAM tak ambil tanggungjawab, kita sudah ambil tindakan ya. Banyak kelab kita telah singkirkan.

“Tapi yang menjadi kerisauan kita ialah makin banyak pula kelab yang tiada,” katanya dalam sidang media selepas tamat mesyuarat pengurus pasukan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang diadakan di ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Untuk rekod, difahamkan, Kuala Lumpur City (KL City) FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan masalah kewangan meskipun saingan Liga Super musim 2024/2025 bakal bermula tidak lama lagi.

Dalam perkembangan sama, Hamidin turut meluahkan kebimbangan sekiranya situasi ini berterusan, KL City dan KDA FC akan dikenakan tindakan FIFA termasuk sekatan perpindahan.

Ketika ini, KL City dan KDA FC diberikan tempoh lanjutan oleh First Instance Body (FIB) untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji mereka sehingga akhir bulan ini.

Sekiranya mereka masih gagal melunaskan tunggakan gaji tersebut, kedua-dua kelab berdepan kemungkinan tidak beraksi dalam Liga Super musim 2024/2025.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya