FLORIDA: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara jelas menyuarakan sokongan terhadap perang Israel ke atas Gaza yang kini mengorbankan lebih 30,000 orang.
Beliau menunjukkan sokongan matlamat yang dinyatakan oleh kerajaan Israel untuk meneruskan serangan sehingga mencapai kemenangan total.
Ditanya sama ada beliau selari dengan Israel untuk berjuang ke Gaza, pendahulu untuk pencalonan presiden AS dari Parti Republikan itu menjawab, hal ini perlu diselesaikan.
Trump mencadangkan bahawa pengundi yang menentang sokongan AS terhadap perang Israel akan menghadapi dilema dalam Pilihan Raya Presiden AS November nanti.
Temu bual Trump dengan Fox News dijalankan ketika laluannya ke pencalonan Presiden AS agak lancar.
Pemilihan utama pencalonan itu setakat ini memihak kepada dirinya manakala satu-satunya pencabar seriusnya, Nikki Haley, dijangka berhenti bertanding.
Kenyataan Trump juga dibuat ketika sokongan Presiden AS, Joe Biden kelihatan goyah.
Walaupun Biden memenangi hampir semua pertandingan pencalonan Demokrat pada ‘Super Tuesday’, undi protes yang besar di Minnesota dan enam negeri lain terhadap sokongan terhadap Israel mendedahkan kelemahan dalam kempen pemilihan semulanya.
Minnesota, sebuah negeri penting di Midwest dan keputusan awal menunjukkan bahawa hampir 20 peratus Demokrat menandakan undi mereka tidak komited untuk menunjukkan kemarahan terhadap sokongan berterusan Washington terhadap kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Sementara desakan yang dirasakan pengundi berhaluan kiri dan pro-Palestin untuk menghukum Biden pada pilihan raya, masih kuat.
Mereka mungkin tidak mempunyai banyak pilihan selain mengundi Demokrat pada November akan datang jika mereka ingin menghalang Trump daripada kembali ke White House.
Biden sudah menggembar-gemburkan sokongan padunya terhadap Israel walaupun serangan tenteranya di kawasan Palestin menimbulkan kebimbangan mengenai risiko pembunuhan beramai-ramai dan kebuluran.
Lebih 30,600 rakyat Palestin telah terkorban dalam kempen ketenteraan Israel setakat ini, menyebabkan kecaman antarabangsa daripada kerajaan di seluruh dunia. – Al Jazeera










