GAZA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa Hamas untuk menerima perjanjian gencatan senjata menjelang bulan suci Ramadan. Bagaimanapun, kumpulan pejuang Islam itu memberi amaran bahawa rundingan untuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan tidak boleh diteruskan selama-lamanya. Ketika kebuluran mengancam penduduk Gaza, pesawat AS dan Jordan sekali lagi menggugurkan bantuan makanan dari udara ke wilayah yang dikepung 2.4 juta orang dalam operasi bersama dengan Mesir dan Perancis. Naib Presiden AS,…










