Aura anggun sarung lengan

Aura anggun sarung lengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam kesibukan menjalani rutin harian, wanita sering kali berdepan cabaran untuk mengekalkan keanggunan dan keselesaan. Namun, penggunaan sarung lengan yang baik dapat menjadi penyelamat kaum hawa.

Sarung lengan bukan sekadar aksesori, tetapi ia adalah manifestasi identiti wanita muslimah yang kuat dan teguh.

Sarung lengan umpama sentuhan terakhir yang memperkukuhkan lagi keanggunan dan keperibadian seseorang. Dengan setiap helaian menceritakan kisah keberanian dan keyakinan dalam mengekalkan nilai-nilai keagamaan, lantas menjadikan dirimu lebih mempesonakan dan bertenaga dalam setiap langkah.

Minggu ini, saya kongsikan koleksi sarung lengan keluaran tempatan, Amru. Nama itu diinspirasikan daripada Amru al-Ash RA, sahabat Rasulullah SAW.

Amru adalah jenama gaya hidup muslimah yang komited untuk meningkatkan pengalaman ibadah.
Jenama ini memberi penekanan kepada rekaan yang mudah dan keselesaan, bagi membolehkan perjalanan spiritual yang lebih fokus.

Sebagai jenama yang memahami dan meraikan gaya hidup umat Islam, Amru ingin menjadi sebahagian daripada peningkatan spiritual dan kehidupan harian.

Sarung lengan Amru hadir dengan warna-warna menarik dan diperbuat daripada material premium jersey.

Material ini terkenal dengan sifatnya yang sejuk dan memeri lembut.

Usah risau dengan rasa sempit atau tidak selesa ketika mengenakannya.

Didatangkan dalam dua saiz, iaitu biasa dan besar dengan harga bermula daripada RM27. Untuk penjimatan, pelanggan boleh memilih pakej kombo empat pasang yang bernilai RM100.

Terdapat 12 pilihan warna menarik untuk memenuhi citarasa dan gaya anda.

Untuk tidak nampak janggal, pilih warna yang senada dengan pakaian atau ambil warna asas seperti hitam, putih atau krim yang boleh dipadankan dengan pelbagai pilihan gaya.

Warna senada memberikan kesan kemas dan bersahaja, manakala rona asas memudahkan anda membuat padanan serbaguna untuk kegunaan harian.

Dengan kepelbagaian warna dan kelembutan materialnya, sarung lengan ini dapat menambahkan lagi keanggunan kaum hawa ketika menyambut lebaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN