TIBANYA bulan Ramadan, hidangan seperti ayam percik, martabak dan bubur lambuk sering menjadi pilihan orang ramai sebagai juadah berbuka puasa malah ia juga mudah didapati di bazar-bazar Ramadan. Namun, sekiranya ada yang mahu menukar selera dan ingin mencuba sesuatu yang istimewa, bolehlah berkunjung ke hotel bertaraf empat bintang di tengah bandar Seremban iaitu Royale Chulan Seremban. Sepanjang Ramadan nanti, hotel berkenaan tidak ketinggalan menawarkan hidangan menyelerakan termasuk bakal menampilkan menu…










