Apa nasib Sang Kenari ?

Apa nasib Sang Kenari?

KEDAH Darul Aman FC perlu menyelesaikan tunggakan gaji hari ini atau terpaksa melupakan Liga Super musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Talian hayat untuk Kedah Darul Aman (KDA) FC membayar tunggakan gaji akan berakhir hari ini (5 Mac), seperti yang telah diarahkan oleh pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

MFL pada awalnya menetapkan tarikh akhir pada 29 Februari lalu, namun telah memberi KDA FC lanjutan masa hingga hari ini.

Sekiranya Sang Kenari gagal menyelesaikan tunggakan gaji seperti diminta, mereka berisiko diturunkan ke Liga M3.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam sebelum ini juga sudah menyatakan pihaknya tidak akan memberikan lanjutan masa selepas mengambil kira kelonggaran yang telah diberikan sebelum ini.

Stuart juga memaklumkan kedudukan KDA FC akan diumumkan selepas mereka serahkan maklumat tambahan hari ini dan apa jua keputusan tertakluk kepada mesyuarat ahli lembaga pengarah MFL dan jawatankuasa First Instance Body (FIB) esok.

KDA FC sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan media yang mengatakan mereka sudah mendapat kelulusan pembiayaan dana untuk melunaskan tunggakan gaji, namun ianya hanya akan diterima pada bulan depan.

Semalam, KDA FC turut mengumumkan kelab itu melepaskan lapan pemain importnya, sekali gus tidak akan bersama pasukan itu bagi meneruskan cabaran pada saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2024/2025.

Lapan pemain import berkenaan terdiri daripada Ifedayo Olusegun, Bojan Ciger, Moses Atede , Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson dan Jonatan Balotelli.

Dengan melepaskan lapan pemain import ini, ia seolah-olah memberi bayangan KDA FC tidak mampu mendapat talian hayat untuk memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan MFL sekali gus berisiko tersingkir daripada Liga Super.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN