KUCHING: Pembinaan kompleks Velodrom di Sarawak hanya akan bermula selepas penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 pada Ogos kelak. Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usul pembinaan tersebut juga sudah mendapat kelulusan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. “Kita sudah usulkan pembinaan Velodrom ini tetapi, tidak ia tidak dapat dibina sebelum SUKMA memandangkan kita cuma ada baki 180 hari lagi. “Tapi…










