BUTTERWORTH: Kertas siasatan berhubung pembabitan lima anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dalam kegiatan pemerasan seorang pekerja kilang baru-baru ini telah selesai sepenuhnya. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, ia kini telah diserahkan kepada Bukit Aman dan sedang disemak pula oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sana. Katanya, kertas siasatan itu bagaimanapun akan…