Jenazah Abdul Taib tiba di DUN Sarawak

Jenazah Allahyarham Tun Taib tiba di DUN Sarawak untuk penghormatan terakhir

KETIBAAN jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi upacara penghormatan terakhir buat rakyat Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi istiadat penghormatan negeri pukul 7:50 pagi ini. 

Di DUN Sarawak, orang awam diberikan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 12 tengah hari. 

Seterusnya, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri.

Jenazah akan disemadikan di perkuburan keluarga di Demak Jaya selepas solat Zohor.

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 87 tahun, pukul 4.28 pagi semalam ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya