THE HAGUE: Wakil Turkiye, Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kesatuan Afrika mengemukakan hujah pada hari terakhir prosiding di mahkamah tertinggi PBB kelmarin, mengenai kesahihan pendudukan Israel di wilayah Palestin . Lebih seminggu, hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mendengar hujah daripada lebih 50 negeri dan tiga pertubuhan antarabangsa berikutan permintaan Perhimpunan Agung PBB pada 2022 supaya mahkamah mengeluarkan keputusan tidak mengikat. LEBIH SATU ABAD Wakil Kesatuan Afrika, Hajer Gueldich,…










