ALOR SETAR: “Saya reda arwah anak ‘pergi’ pada hari Jumaat dan ketika sedang berkhidmat untuk negara.” Demikian ungkap ibu kepada salah seorang anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Gurun di Kuala Muda, hari ini. Menurut Ruzita Zulkifli, 58, anaknya, Allahyarham Lans Koperal Mohd. Hafiz Haris, 30, meninggal dunia pada hari yang mulia dan ketika sedang berkhidmat dengan pasukan keselamatan negara, Angkatan Tentera Malaysia…