JERANTUT: Sepasang suami isteri di Felda Kota Gelanggi Dua sini, buntu mengenangkan nasib anak ketiga mereka yang sudah empat tahun koma selepas terlibat kemalangan jalan raya di laluan berdekatan tanah rancangan itu pada 1 Jun 2020. Sejak kejadian itu, rutin harian Rozita Hamzah, 51, dan suaminya, Yussery Ismail, 54, berubah kerana perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada menjaga anaknya, Muhammad Yusshah Danish, 20. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rozita berkata, anak ketiga…