Burung merpati dikurung polis India kerana disyaki pengintip China

Burung merpati dikurung polis India kerana disyaki pengintip China

BURUNG merpati yang dikurung kerana disyaki pengintip dari China akhirnya dilepaskan Rabu lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seekor burung merpati terpaksa menghabiskan masa selama lapan bulan dalam kurungan polis India dibebaskan selepas ia akhirnya disahkan bukan pengintip dari China.

Lapor akhbar Times of India, burung itu ditangkap di sebuah pelabuhan di ibu kota kewangan Mumbai dengan mesej yang ditulis dalam skrip tulisan Cina di sayapnya.

“Pada mulanya, polis mendaftarkan kes pengintipan terhadap burung itu, tetapi selepas menyelesaikan siasatan, mereka menggugurkan pertuduhan itu,” tambah laporan itu.

Burung yang tidak dinamakan itu ditahan di sebuah hospital bandar ketika polis menjalankan siasatan.

Menurut pejabat People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) India dalam satu kenyataan, siasatan itu mengambil masa selama lapan bulan yang menakjubkan.

PETA India berkata, polis memberikan kebenaran rasmi untuk hospital melepaskan burung merpati pada Rabu lalu.

Laporan media tempatan mengatakan burung itu terbang dalam keadaan sihat.

Burung merpati itu adalah yang terbaharu daripada beberapa yang ditahan oleh pihak berkuasa India kerana disyaki melakukan pengintipan.

Pada 2016, pegawai keselamatan sempadan menangkap seekor burung merpati selepas didapati membawa mesej ugutan kepada Perdana Menteri India,  Narendra Modi berhampiran sempadan India dan Pakistan.

Seekor burung merpati lain pernah ditangkap di bawah pengawal bersenjata pada 2010 selepas ia ditemukan di wilayah yang sama dengan cincin di kakinya, nombor telefon dan alamat Pakistan dicop pada badannya dengan dakwat merah.

Pegawai dalam kes itu mengarahkan supaya tiada sesiapa pun dibenarkan melawat burung merpati itu yang menurut polis mungkin melakukan misi khas mengintip.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN