DENGKIL: Seorang pemandu lori dibelasah kira-kira 30 individu hanya kerana menegur kenderaan jiran yang menghalang laluan keluar dari rumahnya dalam kejadian malam Sabtu lalu. Difahamkan, mangsa yang juga seorang peniaga mengalami beberapa kecederaan termasuk di kepala, hidung dan lebam di muka akibat dipukul dengan topi keledar, batu bata dan batang pencuci lantai. Bapa mangsa, Teo Beng Tuan, 71, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 malam Sabtu lalu ketika dia bersama…










