Angka kematian lepasi 30,000 orang, 50 wartawan asing tuntut

Angka kematian melepasi 30,000 orang, 50 wartawan asing tuntut akses ke Gaza

PENDUDUK Palestin berkumpul untuk mendapatkan makanan di Rafah, selatan Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas mendedahkan jumlah orang yang terbunuh di wilayah Palestin semasa perang antara pejuang Hamas dan Israel kini melebihi 30,000 orang.

“Jumlah syahid melebihi 30,000,” kata kementerian dalam satu kenyataan. 

Ia menambah bahawa jumlah itu termasuk sekurang-kurangnya 79 kematian yang dilaporkan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan lain, lebih 50 wartawan penyiaran antarabangsa menandatangani surat terbuka kepada pihak berkuasa Mesir dan Israel untuk menyeru akses bebas dan tidak terhalang ke Gaza untuk semua media asing.

Wartawan dan penyampai dari saluran penyiaran utama di Amerika Syarikat dan United Kingdom termasuk wartawan asing Sky News, Alex Crawford dan editor antarabangsa BBC, Jeremy Bowen menyertai gesaan untuk menuntut akses ke Gaza.

Dalam surat berkenaan, wartawan menyeru kerajaan untuk membenarkan mereka masuk ke kawasan terkepung itu melalui persimpangan Rafah yang menghubungkan Gaza dan Mesir.

“Kami menggesa kerajaan Israel dan Mesir untuk membenarkan akses bebas dan tanpa halangan ke Gaza untuk semua media asing

“Kami menyeru kerajaan Israel untuk menyatakan secara terbuka kebenarannya kepada wartawan antarabangsa untuk beroperasi di Gaza dan pihak berkuasa Mesir membenarkan wartawan antarabangsa masuk ke Rafah Crossing,” jelas surat tersebut. -AGENSI

 

​

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini