Sup cendawan berkrim kegemaran ramai

Sup cendawan berkrim kegemaran ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUP cendawan merupakan sajian pembuka selera klasik yang dinikmati masyarakat di seluruh dunia.

Selain enak, menu ini menawarkan banyak manfaat daripada segi kesihatan.

Antaranya merangsang sistem pencernaan, menyekat selera makan dan meningkatkan pengambilan nutrien.

Bagi yang belum ada sebarang rancangan pada hujung minggu ini, apa kata cuba menu Seri, sup cendawan berkrim.

Pastikan guna bahan-bahan segar dan boleh masukkan juga sayuran lain seperti lobak dan saderi.

Resipi disumbangkan Cef Noah Ayman Ngah dari Kay’s Steak & Lobster, Putra Heights, Subang Jaya.

Bahan-bahan:
-450 gram cendawan tiram, butang dan shitake (dihiris)
-1 biji bawang bersaiz sederhana (dicincang)
-2 ulas bawang putih (dikisar)
-1 sudu mentega tanpa garam
-1 sudu minyak zaitun
-4 cawan air rebusan ayam/sayuran
-1 cawan krim masakan
-Garam dan lada secukup rasa
-1 sudu teh taim kering/1 sudu teh taim segar
-Daun bawang dan cendawan tiram goreng (hiasan)

Cara penyediaan:
-Panaskan mentega dan minyak zaitun dalam api sederhana.
-Masukkan bawang dan masak sehingga lembut.
-Masukkan hirisan cendawan dan bawang putih. Masak sehingga cendawan lembut dan berwarna keemasan.
-Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau bagi mengelak ketulan.
-Perasakan dengan garam, lada dan taim kering.
-Biarkan sup mendidih dan masak antara 10 hingga 15 minit.
-Kisar sup untuk tekstur yang lebih halus dan kemudian tuang semula ke dalam periuk.
-Masukkan krim masakan. Sesuaikan tahap kepekatan sup dengan menambah air rebusan.
-Reneh selama 10 minit lagi dan tambah perasa jika perlu.
-Tuangkan dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun bawang serta cendawan goreng.
-Sedia untuk dihidang bersama roti bawang putih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya