PETALING JAYA: “Tanda pagar itu hanyalah satu doa sempena tahun baharu. Sekiranya Tuhan permudahkan, kami terima dengan hati terbuka.” Itu jawapan artis serba boleh, Izzue Islam, 34, kepada Utusan Malaysia apabila ditanya berhubung tanda pagar #RoadToBertiga yang dimuat naik sebagai kapsyen di hantaran terbaharunya semalam. Jelas pelakon Risik Pada Hati itu, dia seperti pasangan berkahwin lain tetap mendoakan agar Tuhan mengurniakan rezeki cahaya mata dan mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk…