PPIP USM rangkul dua anugerah 'Project Of The Year'

PPIP USM rangkul dua anugerah ‘Project Of The Year’

Puteri Belantara dinobatkan Project Of The Year GPM Management Award 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Puteri Belantara cetusan pensyarah dan pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul Project Of The Year dalam pengiktirafan Malaysia GPM Sustainability Awards 2023 yang dianjurkan oleh Sustainable Business Network Association Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur semalam, menyaksikan penyertaan daripada individu, institusi pendidikan, dan industri di Malaysia dalam usaha memartabatkan komitmen cemerlang dalam projek kelestarian berdasarkan pendekatan inovatif terhadap alam sekitar, masyarakat dan ekonomi.

Setiap penyertaan perlu mencakupi P5 Framework dan 17 elemen Sustainable Development Goals (SDGs) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030.

Projek yang bermula Januari 2023 ini melibatkan pengembelingan komitmen pelbagai rakan sinergi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Negeri Perak dan Kedah, Global Citizenship Education Cooperation Centre, Universiti Sains Malaysia (GCC-USM), Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perak, Free Tree Society (FTS), Yakult Malaysia dan Marry Brown Sungkai, Perak.

Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi Dan Libatsama Industri dan Komuniti, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM merangkap Ketua Projek Puteri Belantara, Prof Madya Dr Aziah Ismail berkata, kombinasi kekuatan rakan sinergi amat penting dalam menjayakan projek ini.

Jelasnya, semua pihak berkenaan memainkan peranan tersendiri dan inilah di antara kekuatan projek tersebut.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan sinergi Puteri Belantara. Kerjasama ini akan diteruskan lagi untuk projek 2024 yang kami sasarkan ke peringkat Asia Pasifik,”katanya.

Ahli projek Puteri Belantara PPIP USM.

Program Puteri Belantara yang merupakan kombinasi idea pensyarah PPIP USM iaitu Aziah, Prof Madya Dr. Nor Shafrin Ahmad, Dr. Ummu Sakinah Mohamad Subri dan pelajar Ainisaadah Mohd Saod, telah menjelajah tiga lokasi di Perak dalam usaha mengembangkan potensi pembangunan kepimpinan asas murid dan ibu mereka seperti di perkampungan Orang Asli, kawasan luar bandar dan Felda. Keunikan modul ini diserlahkan dengan penglibatan ibu peserta dan juga guru.

Selain itu ‘Projek Wisdom of Leadership in Sustainability and Development’ (WORLD) turut merangkul Project Of The Year dalam pengiktirafan Malaysia GPM Sustainability Awards 2023.

Projek dilaksanakan pelajar Ainisaadah dengan bimbingan Aziah telah menjayakan 22 projek kelestarian sekali gus mencakupi 17 elemen SDGs dari pelbagai institusi pendidikan.

 

Sementara itu, Secretary General Sustainable Business Network Association Malaysia, Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazlean amat berbangga dengan usaha gigih kedua-dua projek yang telah menampakkan impak tinggi dalam kriteria dinilai sehingga melayakkan projek tersebut mencapai pengiktirafan ini.

“Kedua-dua projek PPIP USM ini mempunyai keunikan tersendiri dan kami berharap agar kegigihan dan kreativiti idea ini akan dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini sejajar dengan USM yang mempunyai kepakaran sebagai universiti peneraju kemampanan pada kedudukan keempat dalam ranking kemampanan global oleh Times Higher Education (THE-GIR) 2022 dan pertama di peringkat Asia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya