Buku Autopilot Millionaire DDNK perkenal formula pelaburan AI

Buku Autopilot Millionaire DDNK perkenal formula pelaburan berasaskan AI

Datuk Dr Nazri Khan atau DDNK (kanan) bersama Naib Presiden Kanan Pelaburan dan Pengurus Dana Bebas IPAM, Heddy Humaizi (kiri) menunjukkan buku Autopilot Millionaire pada sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buku bertajuk Autopilot Millionaire tulisan Datuk Dr. Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK bakal meniadi panduan baharu kepada pelabur termasuk mengetengahkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam urusan pelaburan.

DDNK yang merupakan penganalisis ekonomi dan pasaran terkenal berkata, teknologi AI sangat penting dalam membantu menjalani kehidupan seharian termasuk dalam urusan pelaburan saham tempatan mahu pun dunia.

Menyedari perkara itu, beliau tampil memperkenalkan formula terbaharu dalam dunia pelaburan berasaskan AI yang berpotensi memberikan keuntungan kepada para pelabur.

Katanya, dengan bantuan teknologi terkini itu, ia membantu para pelabur melakukan keputusan yang lebih bijak dalam melakukan pelaburan termasuk mengenal pasti saham-saham yang diniaga rendah dan meramalkan saham mana yang berpotensi melonjak naik pada masa hadapan.

Menerusi formula yang diperkenalkan itu membolehkan DDNK sekali lagi menjadi rujukan para pelabur di Malaysia.

Ini ekoran prestasi pulangan Private Mandate dan pelaburan Unit Amanah dibawah seliaannya telah mendapat keuntungan sebanyak 71.75 peratus bagi dana Super Aggressive.

Sementara dana Ultra Conservative pula mendapat pulangan 49.96 peratus diikuti Conservative (48.08 peratus) dan Aggressive (41.96 peratus) untuk tahun 2023.

Dana Unit Amanah di bawah seliaannya pula mencatatkan pulangan sebanyak 111.68 peratus, di samping Interpac Dana Abadi merekodkan pulangan 55.46 peratus setakat 30 November tahun lalu.

Menurut DDNK, kejayaan yang diperolehi itu semuanya berasaskan kepada pengiraan prestasi oleh Lipper Analytics dan Novagni Analytics and Advisory Sdn. Bhd.

Katanya, untuk tahun 2024 teknologi AI akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju pasaran saham.

“Teknologi AI mempunyai potensi dalam memberikan keuntungan kepada ramai pelabur dan juga pemain industri selain menjadi salah satu sokongan utama kepada pelabur dalam membuat pelaburan.

“Saya juga turut menjangka bahawa 2024 bakal menjadi titik permulaan bagi era ‘Super Bull’ yang membawa kepada era ‘DotAI’. Ia bakal menjadi sektor tumpuan kepada pasaran sahan tempatan dan global,” katanya pada sidang media khas Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd. Market Outlook 2024 di ibu negara, baru-baru ini.

Pada majlis itu DDNK telah melancarkan buku Autopilot Millionaire yang merupakan hasil penulisan terbaharunya.

Buku yang ditulis khusus buat para pelabur serta peserta kursus latihan pasaran saham yang akan dianjurkannya itu akan mula berada di pasaran mulai minggu ini.

Pada sidang media itu, DDNK turut memberi pesanan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket pelaburan haram atau tidak sah serta penipuan dalam talian yang menggunakan nama, gambar serta videonya bagi tujuan memperdaya orang awam.

Menurut beliau, orang ramai perlu tahu bagaimana menjadi lebih bijak dalam berhadapan dengan penipuan seperti itu bagi mengelakkan timbulnya masalah pada masa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya