Romel Morales sarung jersi Harimau Malaya, JDT?

Romel Morales sarung jersi Harimau Malaya, JDT?

Romel Morales bakal memperkuatkan jentera serangan Harimau Malaya tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan Romel Morales akan menguatkan skuad Harimau Malaya di Piala Asia Qatar, Januari depan.

Berita itu tentunya memberi khabar gembira buat peminat bola sepak tempatan sekali gus memberi pilihan kepada pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon untuk menguatkan jentera serangan pasukan kebangsaan.

Anak buah Pan Gon diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali, Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.

Pasukan negara dijadual menentang Jordan pada 16 Januari depan, Bahrain (20 Januari) dan aksi terakhir kumpulan bertemu Korea Selatan pada 25 Januari.

Selain berita gembira itu, TMJ turut mencetuskan persoalan menerusi ruang komen di laman sosial Instagram beliau, mengenai destinasi penyerang kelahiran Colombia itu musim depan.

Penyerang berusia 26 tahun itu dijangka menjadi pemain naturalisasi terbaru negara selepas Mohamadou Sumareh, Lee Tuck, Guilherme de Paula, Endrick Dos Santos, Liridon Krasniqi, Sergio Aguero, dan Paulo Josue.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN