Penentu tiket ke Piala AFC, Selangor atau Kedah

Penentu tiket ke Piala AFC, Selangor atau Kedah

PEMAIN-Pemain Kedah Darul Aman FC menjalani sesi latihan menjelang pertemuan menentang Selangor bagi aksi Liga Super di Stadium Darul Aman , malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siapa yang keluar daripada pada padang sebagai pemenang berpeluang besar meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Perebutan itu melibatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Selangor FC yang akan bertarung di Stadium Darul Aman, malam ini bagi aksi Liga Super.

Seandainya Selangor menang maka tiket ke Piala AFC akan menjadi milik The Red Giants yang sekian lama bertapak di tangga kedua liga, namun jika tewas bermakna mereka terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir Liga Super dengan mengharap kekalahan menimpa Kedah.

Bagi kem Kedah, tentunya mereka tidak akan memberi laluan mudah kepada Selangor kerana Sang Kenari turut mendambakan slot ke saingan Asia berkenaan.

Beraksi di laman sendiri Kedah memiliki dua misi iaitu melunas dendam tewas tipis 2-3 di tangan Selangor pada aksi pusingan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya 24 Mei lalu dan merealisasikan sasaran ke Piala AFC.

PEMAIN-Pemain Selangor sedia turun memburu mata bagi meraih tiket Piala AFC tahun depan.-IHSAN SFC

Dalam pada itu, jurulatih Tan Cheng Hoe berkata, pasukannya telah merencana strategi terbaik untuk memastikan pasukan mendapat keputusan positif, sekali gus membawa pulang tiga mata penuh.

“Kita perlu lihat pada hari perlawanan untuk tentukan perancangan terbaik sama ada mahu menyerang atau bertahan tetapi pemain perlu bersedia untuk sesuaikan diri dengan taktikal yang akan diterapkan.

“Sudah tentu kita akan turunkan kesebelasan terbaik terutama dalam perlawanan ‘away’ terakhir ini kerana kita juga mahukan keputusan yang positif dan kekuatan di setiap posisi termasuk pemain simpanan sangat diperlukan,” katanya.

Sementara itu, bagi pengendali Kedah Nafuzi Zain, beliau mahu anak-anak buahnya mengekalkan disiplin sepanjang 90 minit permainan untuk menundukkan Selangor yang dianggap sebagai sebuah pasukan lengkap di segenap posisi.

“Kita tahu semua pemain Selangor berkualiti dan mereka mantap di segenap posisi. Jadi tumpuan kita tidak seharusnya diberikan sepenuhnya kepada mana-mana pemain secara spesifik.

“Peluang untuk berada di tangga kedua masih terbuka untuk kedua-dua pasukan jadi kami perlu fokus untuk menang tetapi rasanya buat masa ini, tiada tekanan dirasakan,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN