PASIR MAS: Kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM50 juta bagi membantu penduduk di negeri ini yang terjejas dengan banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap mangsa itu akan menerima bantuan wang tunai berjumlah RM1,000.
“Bantuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) ini disalurkan terus kepada mangsa terlibat,” katanya kepada pemberita dalam media selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud. – UTUSAN