Kasut, beg dari bahan kitar semula

Kasut, beg dari bahan kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIANGGARKAN hampir sejuta penyu mati setiap tahun akibat tertelan plastik yang dibuang di lautan.

Plastik bukan sahaja mengancam populasi penyu, malah turut menjejaskan hidupan marin lain termasuk ikan paus dan lumba-lumba.

Bimbang dengan situasi itu, jenama fesyen premium dari Singapura, Anothersole merintis usaha menggunakan botol plastik kitar semula dalam penghasilan kasut dan beg keluarannya.

Pengasasnya, Benny Chee berkata, inisiatif itu selaras dengan kempen Make Good, Do Good yang diperkenalkan bagi menjaga kelestarian alam sekali gus mengurangkan impak pencemaran.

Ujarnya pencemaran plastik merupakan isu global dan semua pihak di seluruh dunia perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah itu.

“Keunikan kami terletak pada dedikasi dalam menyatukan gaya dan kelestarian.

“Misalnya menerusi penggunaan kulit dari kilang yang diiktiraf dan bertanggungjawab di samping botol PET (Polyethylene Terephthalate) yang dikitar semula,” katanya pada majlis pelancaran gedung pertama di Malaysia di Seibu, The Exchange, TRX baru-baru ini.

Beg kitar semula
Koleksi terbaharu, beg Anew ini diperbuat daripada 100 peratus botol plastik kitar semula.

Setiap satu beg dihasilkan menggunakan lapan botol plastik yang diambil dari tempat pelupusan sampah.

Ia kemudiannya dibersihkan dan dipotong dalam bentuk cip sebelum ditukarkan menjadi palet kecil sebelum menghasilkan benang dan dijahit jadi beg.

Beg versatil ini didatangkan dalam tiga saiz iaitu mini, M dan tote dengan harga bermula dari RM299 hingga RM350.

Kasut ergonomik
Sementara itu, alas kasutnya pula dihasilkan dengan memiliki rekaan ergonomik dengan menggunakan bahan etilena vinil asetat (EVA) berasaskan bio.

Mampatan unggul dan sokongan lengkung turut menjanjikan keselesaan mutlak kepada pemakai.

Menariknya, tali kasut bagi rangkaian sniker Cali dan Mono turut dihasilkan daripada botol plastik kitar semula.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya