Kaka Azraff terkilan, penamatan kontrak tanpa alasan kukuh - Utusan Malaysia

Kaka Azraff terkilan, penamatan kontrak tanpa alasan kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memgakui terkilan dengan tindakan penamatan kontrak dengan syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, penyanyi, Kaka Azraff menuntut penjelasan lebih lanjut berkenaan tindakan tersebut.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, berkata, surat penamatan kontrak yang diterima sebelum ini tidak menyatakan sebarang alasan penamatan kontraknya yang dianggap berlaku secara tiba-tiba.

“Saya sudah terima (surat), tetapi alasan penamatan kontrak itu tidak dijelaskan dan dimaklumkan. Sejujurnya, saya terkilan.

“Saya dan pihak peguam tiada perancangan untuk ambil tindakan undang-undang.

“Tetapi saya berharap ada kenyataan rasmi kenapa saya diberhentikan. Itu lebih baik,” katanya.

Penyanyi Gila itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di sini.

Desas desus penamatan kontrak penyanyi itu mula bertebaran dipercayai selepas tindakannya yang lantang bersuara menentang kekejaman regim Israel.

Warner Music hari ini mengumumkan penamatan kontrak penyanyi tersebut berkuat kuasa 31 Disember depan atas beberapa faktor.

Antara alasan yang dinyatakan dalam satu kenyataan adalah penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.

Sementara itu, Kaka turut memaklumkan tidak menerima sebarang tawaran ganti rugi diberikan oleh pihak syarikat berkenaan kepadanya selepas penamatan kontrak itu.

Jelas Kaka, dia tidak pernah menandatanangi surat penamatan kontrak itu malah tiada sebarang perbincangan dilakukan.

“Memang kita ada jumpa, tapi bukan perbincangan.

“Perbincangan itu hanya untuk tandatangan surat penamatan kontrak sahaja,” katanya.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.