Isu Aman Palestin: Pantau lebih ketat status kewangan pertubuhan - Utusan Malaysia

Isu Aman Palestin: Pantau lebih ketat status kewangan pertubuhan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (JPPM) diminta supaya memantau lebih ketat status kewangan sesebuah pertubuhan susulan tindakan pembekuan akaun Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) bagi memastikan isu sama tidak berulang.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini JPPM sudah melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan terhadap 70,000 hingga 80,000 pertubuhan berdaftar di negara ini dari semasa ke semasa.

“Namun, selepas ini mereka (JPPM) boleh buat semakan secara rawak dan berkala bagi memastikan setiap pertubuhan mematuhi undang-undang ditetapkan supaya tidak lari dari tujuan asal penubuhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, pemantauan lebih ketat itu membabitkan laporan tahunan, kewangan aktiviti sesebuah pertubuhan yang berdaftar.

Saifuddin berkata, JPPM juga akan memastikan sesebuah pertubuhan itu bergerak sesuai dengan akta pertubuhan, malah turut sesuai dengan undang-undang tubuh setiap pertubuhan itu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank syarikat milik Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Siasatan awal SPRM mendapati, penyaluran dana awam kepada Aman Palestin ada yang digunakan untuk membeli aset atas nama syarikat proksi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya