Calon SPM maut dilanggar kereta dekat sekolah

Calon SPM maut dilanggar kereta dekat sekolah

KEADAAN pelajar yang dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah itu, mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut di tempat kejadian selepas diseret kereta lebih lima meter.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu kereta jenis Perodua Ativa berusia 44 tahun tidak berpuas hati dengan tindakan remaja itu membuat bunyi bising ekzos sebelum bertindak mengejar motosikal mangsa.

Suspek dikatakan mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan berkenaan.

Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta berkenaan berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa, namun segera beredar apabila menyedari kehadiran orang awam.

Mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Tinjauan di Jabatan Forensik HRPB mendapati, ahli keluarga mangsa tiba bagi menunggu proses bedah siasat selain kelihatan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mohamad Fauzi Mahson yang turut hadir bagi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian itu terhadap keluarga pelajar terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya