Sang Penyu 'tempang' hadapi Central Coast

Sang Penyu ‘tempang’ hadapi Central Coast

PEMAIN-Pemain terengganu telah bersiap sedia untuk turun berdepan Central Coast Mariners bagi aksi Kumpulan G Piala AFC,hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) terpaksa turun dalam keadaan ‘tempang’ menjelang aksi berdepan Central Coast Mariners bagi aksi Kumpulan G Piala AFC,hari ini.

Ketiadaan Shahrul Nizam Roshasni susulan masalah otot manakala bek kiri, Alif Zakaria mengalami kecederaan buku lali dan Azam Azmi Murad (lutut) tidak menjejas matlamat utama Sang Penyu untuk memburu sekurang-kurangnya satu mata.

Menurut pengendalinya, Tomislav Steinbruckner, berkata skuad Sang Penyu berkunjung ke Australia bukan untuk ‘makan angin’ sebaliknya turun dengan misi mengejutkan tuan rumah.

“Hanya Safwan (Mazlan) yang bersama pasukan ke Australia namun statusnya masih 50-50 untuk berada dalam senarai pemain dan kami masih ada beberapa sesi latihan untuk membuat keputusan.

“Saya akan membuat sedikit perubahan kesebelasan utama dengan memberi minit permainan kepada beberapa pemain lain, setiap perlawanan adalah penting tetapi kami tahu apa sasaran TFC.

“Ini bukan bermakna akan memberi laluan mudah kepara Central Coast Mariners sebaliknya saya menuntut aksi tersusun untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata,” katanya.

Berbaki dua perlawanan peringkat kumpulan, TFC kini menduduki tempat kedua dengan mengumpul lapan mata sambil diekori rapat Bali United manakala Central Coast kekal teratas dengan sembilan mata.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, 20 September lalu, TFC mencipta kejutan menang 1-0 ke atas juara Australia itu hasil gol sendiri pemain lawan, Nathan Paull.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya