Mana pergi pemain ke-12 Harimau Malaya?

Mana pergi pemain ke-12 Harimau Malaya

ULTRAS Malaya sentiasa menjadi penyokong setia buat skuad kebangsaan setiap kali Malaysia beraksi di pentas antarabangsa. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun hanya berbaki satu hari lagi menjelang aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dengan Kyrgyzstan, namun jualan tiket perlawanan itu kurang mendapat sambutan.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang mampu memuatkan lebih 80,000 penyokong, bakal memperlihatkan lebih banyak tempat duduk kosong apabila hanya 6,600 tiket terjual setakat pukul 6 petang semalam.

Dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada 18 Oktober lalu, pertembungan antara Malaysia dengan Tajikistan telah dihadiri lebih 33,000 penonton.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan hanya 5,944 tiket telah terjual bagi perlawanan menentang Kyrgyzstan walaupun aksi ini lebih penting berbanding Pestabola Merdeka lalu.

Bekas jurulatih PDRM dan ATM, Mohamad Ishak Kunju berkata, rakyat Malaysia mungkin berdepan beberapa faktor tidak dapat menonton perlawanan itu secara langsung di stadium.

Antaranya keadaan cuaca yang kerap hujan dan banjir di sesetengah kawasan yang menyukarkan kedatangan penyokong ke venue, selain ketiadaan penglibatan pemain tempatan yang sedang ‘on-form’ turut menjadi penyebab jualan tiket kurang laku.

“Saya rasa ada dua, tiga sebab, salah satunya cuaca sekarang tidak begitu baik menyebabkan penyokong susah untuk datang ke stadium.

“Faktor kedua, penglibatan pemain tempatan. Saya rasa ada beberapa pemain tempatan yang sedang ‘on-form’ tidak dipanggil ke kem latihan kali ini, mungkin ini antara faktor kepada kekurangan jualan tiket,” katanya.

Bagaimanapun, diharap pada saat akhir penyokong-penyokong akan membeli tiket untuk turun memenuhi stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya sekali gus memastikan Malaysia meraih tiga mata berharga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN