Jangan cetus masalah, sentuh sensitiviti di konsert Coldplay - Utusan Malaysia

Jangan cetus masalah, sentuh sensitiviti di konsert Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjur Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur menegaskan akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan masalah serta tidak bertanggungjawab ketika konsert diadakan.

Live Nation Malaysia dalam satu kenyataan berkata, mana-mana individu yang didapati menyumbang kepada sebarang masalah tidak akan dibenarkan memasuki lokasi persembahan dan mungkin diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa.

Tambahnya, pihak artis, penganjur dan pihak lokasi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan dan insiden akibat daripada tindakan yang sengaja dicetuskan.

“Menunggu di lokasi atau kawasan awam berdekatan, mengejar atau duduk di jalanan berdekatan adalah berbahaya kepada artis dan orang awam. Itu boleh mengakibatkan kemalangan atau kesulitan membabitkan khalayak awam.

“Setiap pihak yang terbabit harus menangani sebarang kemalangan atau insiden tercetus disebabkan tindakan sedemikian.

“Sebarang kelakuan berniat jahat, individu terbabit tidak akan dibenarkan memasuki lokasi persembahan dan mungkin diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa,” katanya.

Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung 22 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil dijangka menerima kehadiran lebih 50,000 peminat kumpulan legenda itu.

Dalam pada itu, sebarang tindakan yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia turut dilarang sama sekali.

“Bagi mencipta atmosfera kenangan indah buat semua penonton, mohon beringat mengenai budaya serta sensitiviti tempatan di Malaysia dan elakkan tunjuk prop atau barangan yang akibatkan rasa tidak senang kepada orang lain.

“Mari sama-sama fokus kepada muzik dan keseronokan yang dikongsikan pada acara itu nanti,” katanya.

Untuk info, penebusan gelang tangan akan dibuka pada jam 12 tengah hari pada hari konsert. Penonton harus menunjukkan e-tiket mereka untuk tujuan penebusan itu. Pintu hanya akan dibuka bermula pukul 5 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya