GAZA: Israel dan Hamas memulakan lanjutan dua hari gencatan senjata dengan membenarkan lebih ramai tebusan Israel dibebaskan dari Gaza sebagai pertukaran untuk pembebasan tawanan Palestin.
Pengantara Qatar dan Hamas mengesahkan lanjutan gencatan senjata itu dan media Israel melaporkan kerajaan sudah menerima senarai baharu 10 lagi tebusan yang akan dibebaskan.
Tarikh akhir jeda sebelumnya tamat tanpa sebarang insiden selepas kumpulan 11 tebusan Israel dibebaskan dari Gaza sebagai pertukaran untuk melepaskan 33 lagi tahanan Palestin di bawah perjanjian awal.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memuji sekilas harapan untuk kemanusiaan yang wujud di tengah-tengah kegelapan peperangan.-AFP