Sekolah di Kelantan tangguh aktiviti luar bilik darjah, elak strok haba

Sekolah di Kelantan tangguh aktiviti luar bilik darjah, elak strok haba

SITI NORINA MUHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua 595 buah sekolah di Kelantan diarah menangguhkan segala aktiviti luar bilik darjah susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini bagi mengelak serangan strok haba.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua sekolah menerusi surat pekeliling yang diedarkan semalam.

Katanya, setakat ini, Kelantan belum merekodkan suhu melebihi 35 darjah Celsius secara berterusan dalam tempoh tiga hari berturut-turut, namun pihaknya sentiasa memantau operasi sekolah termasuk laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

“Kita edarkan surat kepada semua sekolah semalam supaya semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Arahan itu bagi mengelakkan murid atau pelajar daripada terkena strok haba. 

“Setakat ini, tiada laporan murid atau pelajar yang terjejas akibat strok haba di Kelantan,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2025 di JPN Tunjong di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN