Tiru gaya Victoria Beckham

Tiru gaya Victoria Beckham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMEJA putih elemen pakaian yang sangat penting dalam dunia fesyen wanita. Lihat sahaja gaya Victoria Beckham seperti dalam dokumentari Beckham di Netflix baru-baru ini. Cukup bergaya.

Kemeja putih pilihan serba boleh yang sesuai untuk pelbagai acara.

Keselesaan kain kapas yang lembut menjadikan kemeja putih asas sempurna untuk penampilan harian atau majlis formal.

Bagi yang ingin menggayakan kemeja putih seperti Victoria Beckham, pilihan kemeja putih dari Love, Bonito, iaitu Mayven Classic Button Down Shirt, adalah pilihan tepat.

Dalam memilih kemeja putih, penting untuk pilih saiz sesuai dengan bentuk badan. Siluet bersesuaian yang tidak terlalu ketat, memberikan penampilan lebih rapi dan elegan.

Ada pelbagai jenis potongan kemeja yang sesuai untuk bentuk badan dan gaya peribadi.

Antara yang popular ialah potongan boyfriend shirt. Jenis ini sesuai untuk semua bentuk badan kerana rekaan yang longgar menjamin keselesaan.

 

PETITE
Bagi dirimu yang petite pilihlah kemeja putih dengan potongan slim fit untuk menonjolkan lekuk badanmu.

CURVY
Kemeja putih dengan siluet A-line, pilihan tepat. Potongan ini cenderung melebar ke bawah, mencipta keseimbangan dan menutupi bahagian badan yang mungkin lebih berisi.

LAMPAI
Kemeja dengan potongan panjang pilihan sesuai kerana ia menonjolkan ketinggian badanmu.

Untuk penampilan santai, gayakan kemeja putih dengan seluar denim. Gulungkan lengan dan masukkan bahagian depan kemeja ke dalam seluar untuk menonjolkan pinggang. Tambahkan sneaker atau sandal untuk penampilan santai.

Gayakan dengan kasut tumit tinggi atau selendang di leher jika ingin keluar di siang hari.

Selain itu, untuk penampilan glam di waktu malam, padankan kemeja putih dengan seluar kulit atau skirt hitam. Aksesori berkilauan seperti kalung perak atau gelang emas dapat menambahkan lagi serimu.

Untuk acara formal di waktu malam, pilihlah kemeja putih berkualiti tinggi dan padankan dengan seluar palazzo panjang atau gaun malam.
Bagi menambahkan sentuhan elegan, suai padan dengan blazer. Penggunaan clutch dan but tumit tinggi dapat menonjolkan gaya effortless.

Keanggunan dan kesederhanaan gaya kemeja putih membolehkanmu mengekspresikan diri melalui fesyen.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya