Saya mengutuk dan mengeji keganasan serta kezaliman - Meerqeen - Utusan Malaysia

Saya mengutuk dan mengeji keganasan serta kezaliman – Meerqeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya menegaskan bahawa saya mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan kezaliman.”

Demikian penegasan pelakon, Meerqeen yang akhirnya bersuara mengutuk kekejaman regim Zionis di Gaza, Palestin selepas dikecam bergambar dengan aktres kelahiran Israel, Gal Gadot.

Jelas Meerqeen, sebagai seorang yang beragama Islam, dia juga kekal dengan pendirian memperjuangkan keadilan dan keamanan yang seharusnya menjadi milik semua pihak supaya tiada tertindas.

“Saya pasti semua orang tahu situasi yang sedang berlaku hari ini. Saya dididik lengkap oleh kedua ibu bapa dengan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim.

“Saya tidak pernah walau sekali pun berpaling daripada pendirian,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon berusia 23 tahun itu juga berjanji untuk menerus dan menjalankan tanggungjawab memerangi kezaliman serta menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar.

“Sebagai Muslim, saya percaya dengan tanggungjawab untuk terus berusaha menjadi khalifah di bumi pinjaman ini dan memperjuangkan keadilan serta kedamaian.

“Doa dan harapan saya akan sentiasa terus untuk saudara-saudara kita yang terpaksa menghadapi keganasan dan kezaliman di bumi mereka,” kongsinya.

Meerqeen juga dalam pada masa percaya kepada perancangan Tuhan dan setiap kezaliman sejak awal hingga akhir waktu.

“Saya menyeru kepada saudara-saudara saya serta rakyat Malaysia keseluruhannya agar terus memperjuangkan kebenaran.

“Semoga suatu hari, kedamaian akan tiba dengan izin-Nya,” ujarnya.

Meerqeen sebelum ini bedepan kecaman bertalu-talu sehingga selepas gambar bersama Gal Gadot tersebar semula sehinggal dia dilabel sebagai penyokong Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN