Ronaldo ledak gol pertama dalam Liga Juara-Juara Asia

Ronaldo ledak gol pertama dalam Liga Juara-Juara Asia

CRISTIANO Ronaldo mengetuai kebangkitan Al Nassr ketika menentang kelab Tajikistan, Istiklol. - IHSAN AL NASSR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo meledak gol pertamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia ketika membantu Al Nassr menewaskan kelab Tajikistan, Istiklol 3-1 awal pagi tadi.

Bintang Portugal itu gagal mencetak nama sebagai penjaring ketika membuat penampilan sulung dalam kejohanan elit kelab Asia tersebut yang menyaksikan Al Nassr mengalahkan Persepolis 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan E, bulan lalu.

Begitupun dalam penampilan keduanya, penyerang berusia 38 tahun itu akhirnya menembusi gawang lawan menerusi sepakan lemah pada minit ke-66.

Dalam aksi di Al-Awwal Park itu, tuan rumah bagaimanapun dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat menerusi Senin Sebai pada minit ke-44.

Ronaldo mengetuai kebangkitan Al Nassr apabila menyamakan kedudukan dengan menendang bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Istiklol, Rustam Yatimov.

Anderson Talisca menambah dua lagi jaringan dalam tempoh lima minit untuk melengkapkan kebangkitan Al Nassr. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN