Mesir dan AS setuju membenarkan bantuan dibawa ke Gaza

Mesir dan AS setuju benarkan bantuan dibawa masuk ke Gaza

Gaza
Konvoi treler yang sarat dengan bekalan bantuan untuk Gaza yang disediakan oleh NGO Mesir menunggu persetujuan untuk menyeberangi sempadan Mesir-Gaza di bandar Al Arish di utara Semenanjung Sinai Mesir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Presiden Mesir telah bersetuju untuk membuka pintu masuk di Rafah bagi membolehkan sehingga 20 trak bantuan masuk ke Gaza.

Presiden AS Joe Biden pula memberitahu pemberita bahawa penghantaran bantuan mungkin tidak akan berlaku sehingga Jumaat.

Keputusan itu dibuat ketika Biden melawat Israel sebagai tanda sokongan di mana beliau menyokong penafian keras Israel terhadap sebarang penglibatan dalam letupan di sebuah hospital di Gaza

Pegawai tempatan berkata 471 orang terbunuh apabila letupan besar melanda kawasan sesak di hospital tempat orang awam Palestin berlindung.

Israel dipersalahkan oleh kumpulan pejuang Hamas, tetapi Israel menafikannya.

Dalam pertempuran yang bermula dengan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, kira-kira 1,400 orang Israel dan kira-kira 3,500 orang Palestin telah terbunuh.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya