'Mahu masuk campur boleh, tetapi jangan beriya.' - Utusan Malaysia

‘Mahu masuk campur boleh, tetapi jangan beriya.’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan produser, Fadzil Zahari mendoakan yang terbaik untuk keluarga abangnya, Farid Kamil selepas rujuk semula dengan isteirnya, Diana Danieele 31 Ogos lalu.

Namun dalam pada masa yang sama, dia dan isteri, Yana Samsudin tidak mahu terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga abanganya kerana menganggap itu terlalu peribadi.

“Alhamdullillah dia buat keputusan yang bagus untuk dia dan masa depan anak-anaknya. Kami mendoakan yang terbaik buatnya.

“Urusan rumah tangga orang, kita tak boleh nak masuk campur sangat. Orang tua pun akan nasihat benda yang sama. Tengah bergaduh memang masam. Tetapi nanti bila sudah baik, takut kita pulak yang kena.

“Dalam ketika mereka diuji, apa yang kita boleh buat adalah berikan sokongan. Apa yang nak berlaku dalam hidup mereka, mereka boleh pilih dan tentukan sendiri,” katanya.

Fadzil dan Yana berkongsi perkara itu selepas acara pelancaran produk minuman susu Bagoos Oat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Terdahulu, Diana dan Farid mengesahkan rujuk semula selepas sah bercerai talak satu 10 Ogos lalu. Selepas 11 tahun perkahwinan, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, sehingga kini, dia belum berpeluang berjumpa dengan abang sulung dan kakak iparnya berikutan kesibukan kerja masing-masing.

“Sejujurnya selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengan dia. Tetapi macam saya cakap, sebagai adik saya sentiasa mendoakan agar mereka bahagia.

“Ketika dia berhadapan dengan masalah, saya bersama dengan dia dalam tiga hingga empat bulan. Saya teman dia sampai pagi sebab tidak mahu dia keseorangan. Takut dia buat benda merepek jadi saya teman dia.

“Bila dia buat keputusan untuk pulang ke pangkuan isterinya semula, itu adalah yang terbaik untuk dia. Rasanya kali terakhir kami berjumpa adalah pada hujung Ogos lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN