Luton catat kemenangan pertama LIga Perdana tewaskan Everton

Luton catat kemenangan pertama LIga Perdana tewaskan Everton

everton
Everton dikejutkan Luton Town untuk memberikan kemengan pertama kepada The Hatter dalam Liga Perdana Inggeris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUTON  Town meraih kemenangan bersejarah dalam penyertaan mereka di Liga Perdana Inggeris apabila mencatatkan kemenangan pertama dengan mengejutkan Everton di Goodison Park.

Luton naik ke Liga Perdana melalui play-off musim lalu dan hanya mengumpul satu mata daripada lima perlawanan pembukaan liga utama mereka tetapi membawa pulang tiga mata pada pertemuan denga Everton malam tadi.

Pengurus Rob Edwards berkata, sebelum perlawanan dia sudah dapat merasakan pasukannya akan meraih kemenangan pertama mereka.

“Saya sangat, sangat bangga dengan pemain dan gembira untuk kelab,” katanya.

“Saya tahu ia adalah saat yang besar, saya faham. Saya tidak mahu ini berlaku dengan cara yang angkuh tetapi saya menjangkakan kami (menang) hari ini, saya benar-benar melakukannya. Saya memberitahu pemain sebelum perlawanan, ‘ Saya tahu ini akan menjadi hari yang baik’.

“Kami benar-benar percaya kami boleh datang ke sini dan memenangi perlawanan. Kami mempunyai rancangan yang sangat baik.”

Tuan rumah melakukan permulaan dengan baik dan pemain sayap Dwight McNeil melepaskan sepakan voli yang tersasar sebelum masing-masing James Garner, Idrissa Gueye dan Amadou Onana gagal mencapai sasaran dari posisi yang sepatutnya boleh dapat gol.

Luton hanya bertahan sebelum mengejutkan tuan rumah melalui tandukan Carlton Morris menggegarkan palang dan, ketika Ashley Young kelihatan untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya kapten Tom Lockyer menerkam untuk melatakkan bola ke dalam jaring.

The Hatters menggandakan pendahuluan apabila Morris mengekalkan ketenangannya melalui  voli yang disambut daripada sepakan percuma Alfie Doughty.

The Toffees berjaya merapatkan jurang menerusi Dominic Calvert-Lewin hasil jaringan dari jarak dekat. – BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya