Letak jawatan SU Bersatu Gerik: Fathul Huzir kekal khidmat Ahli

Letak jawatan SU Bersatu Gerik: Fathul Huzir kekal khidmat Ahli Parlimen PN 

Fathul Huzir Ayob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gerik pada 6 Oktober lalu menjelaskan keputusannya itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan di Facebook beliau, Fathul Huzir berkata, keputusan itu kerana beliau sebelum ini dilantik ke jawatan itu oleh Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Gerik, Mohamad Rizal Abd Razak yang meletak jawatan pada 1 Oktober lalu.

Tegasnya, peletakan jawatan beliau sebagai setiausaha bahagian kerana ia adalah lantikan tersebut oleh pemangku ketua bahagian. 

“Apabila pemangku Ketua Bahagian Bersatu Gerik meletak jawatan, maka, amat wajar sekiranya saya juga turut tertib dalam melakukan perkara sama.

“Ini sebagai tanda solidariti saya kepada pemangku ketua bahagian,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook beliau.

Katanya, keputusannya itu adalah hal parti dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan kedudukannya sebagai salah seorang Ahli Parlimen PN.

“Saya kekal untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen PN dan tidak akan sesekali mengundurkan diri dari barisan pembangkang mahupun menyatakan sokongan kepada kerajaan hari ini. Kesetiaan saya tidak boleh dijual beli,” katanya.

Fathul Huzir membuat kenyataan itu berikutan timbul pelbagai spekulasi dan khabar angin tanpa asas ekoran peletakan jawatannya pada 6 Oktober lalu sebagai Setiausaha Bahagian Bersatu Gerik.

Sebelum ini, Ahli Parlimen PN Kuala Kangsar yang mewakili Bersatu, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN