Belanjawan 2024: Hospital swasta sedia bantu awam rawat pesakit

Belanjawan 2024: Hospital swasta sedia bantu awam rawat pesakit

PENGUMUMAN kerajaan memberikan peruntukan khas bagi penyumberan luar dari sektor awam ke swasta perlu disegerakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peruntukan RM41 bilion bagi sektor kesihatan menerusi Belanjawan 2024 membuktikan kerajaan serius dan sedar kos penjagaan kesihatan semakin meningkat khususnya di hospital swasta.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, pengumuman kerajaan memberikan peruntukan khas bagi penyumberan luar dari sektor awam ke swasta perlu disegerakan kerana ada pesakit sedang menunggu untuk dirawat secepat mungkin.

Dalam tindakan itu, kata beliau, kaedah berkenaan mesti berjalan lancar supaya pesakit di hospital awam boleh dirawat dengan cepat di hospital swasta apabila berlaku kekurangan kapasiti penjagaan kesihatan di fasiliti awam.

“Pesakit perlu dibantu segera, bukan terpaksa menunggu kemudahan penjagaan kesihatan baharu dibina sebagai penyelesaian jangka panjang.

“Pada ketika ini, perkongsian sumber antara awam dan swasta merupakan kaedah terbaik. Harapan kami hospital swasta dibenarkan untuk terus melaksanakan perkhidmatan tanpa terlalu banyak kawalan kos kerana pesakit mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM41.2 bilion bagi sektor kesihatan menerusi Belanjawan 2024, peningkatan RM5.5 bilion berbanding Belanjawan 2023.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta dikhususkan untuk kerjasama dengan menyumber luar pesakit ke hospital lain termasuk hospital swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya