Sharul Aimy idam pingat Sukan Asia

Sharul Aimy idam pingat Sukan Asia

Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam meraih gangsa dalam acara melombol di Sukan Asia Hangzhou 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamaru Hisam berjaya mencapai sasaran untuk sekurang-kurangnya melangkah ke pentas final pada temasya Sukan Asia Hangzhou.

Dia yang beraksi dalam acara melombol dapat memastikan tempat ke pusingan akhir apabila menamatkan saingan kelayakan di kedudukan keenam daripada 16 peserta selepas mengutip 14.216 mata secara keseluruhan.

Atlet kelahiran Terengganu itu menyuarakan kegembiraan atas pencapaian tersebut, lebih-lebih lagi dapat mencapai sasaran layak ke final meskipun dia baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali sebelum ini.

“Saya rasa sudah tampilkan aksi terbaik pada pusingan kelayakan semalam (kelmarin). Oleh itu, saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat melayakkan diri beraksi di pusingan akhir pada 29 September ini.

“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan aksi sendiri pada pusingan kelayakan itu kerana dapat melakukan pendaratan begitu baik dalam dua percubaan tersebut,” katanya yang akan beraksi di pentas akhir pada Sabtu ini.

Berdasarkan peraturan ditetapkan, hanya lapan peserta terbaik sahaja dapat melayakkan diri ke pusingan akhir dan Sharul Aimy berjaya membuktikan bahawa dia adalah antara atlet terbaik di rantau Asia.

Memandangkan sasaran ke pusingan akhir sudah dapat direalisasikan, atlet berumur 22 tahun itu kini mengalihkan sepenuh fokus dalam usahanya bagi menghadiahkan pingat buat kontinjen Malaysia.

“Memang itu (pingat) yang saya impikan pada temasya kali ini, jadi saya akan cuba tampilkan aksi terbaik di final nanti. Mungkin saya perlu memperkemaskan pendaratan untuk dapatkan markah lebih baik,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya