Ibu sedih, Maguire 'dibuli' secara melampau

Ibu sedih, Maguire ‘dibuli’ secara melampau

Harry Maguire (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ibu Harry Maguire, Zoe mengecam layanan ‘memalukan’ terhadap pemain pertahanan Manchester United itu.

Maguire diejek penyokong Scotland sebelum dia menjaringkan gol sendiri ketika England menang 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Hampden Park kelmarin.

Pengurus England, Gareth Southgate turut menyelar kritikan ‘tidak masuk akal’ yang diterima Maguire, 30, daripada penyokong, selain segelintir media.

KOMEN yang ditulis ibu Harry Maguire di media sosial.

“Sebagai ibu, melihat komen negatif dan melampau daripada sesetengah penyokong, penganalisis serta media satu perkara memalukan dan tidak boleh diterima dalam segenap aspek kehidupan, terutama bagi seseorang yang bekerja keras demi kelab dan negara.

“Saya berada di stadium (Hampden Park) seperti biasa, ia sesuatu yang tidak boleh diterima (ejekan) tanpa asas. Saya faham dalam dunia bola sepak ada turun naik, positif dan negatif tetapi apa yang diterima Harry (Maguire) sudah ‘melangkaui’ bola sepak.

“Untuk saya melihat apa yang dilaluinya tidak bagus. Saya benci jika melihat ibu bapa atau pemain lain berdepan perkara sama pada masa akan datang, terutama pemain-pemain muda lelaki serta wanita yang membuat penampilan.

“Harry mempunyai jiwa yang besar, dia melakukan tugas yang bagus, (memastikan) mentalnya kuat dan boleh mengendalikannya kerana orang lain mungkin tidak mampu.

“Saya berharap tidak ada penderaan seperti ini kepada sesiapa!” katanya di media sosial.

Saingan Liga Perdana Inggeris kembali bersambung hujung minggu ini selepas berehat panjang untuk aksi antarabangsa, di mana United akan menjadi tuan rumah kepada Brighton esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya