Bekas pemain Selangor sertai FAM?

Bekas pemain Selangor sertai FAM?

Abd Rauf Ahmad (tengah) berdiri bersebelahan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bergambar bersama pasukan B-23 negara.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelibat bekas pemain Selangor era 90-an, Datuk Abd Rauf Ahmad bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika menyaksikan sesi latihan skuad negara Bawah 23 tahun (B-23) di Stadium Banbueng, Chonburi Thailand telah mencuri tumpuan.

Gambar berkenaan menimbulkan persoalan adakah beliau akan kembali mewarnai bola sepak tempatan malah mungkin juga menjadi sebahagian watak penting dalam pembangunan bola sepak FAM.

Jika benar, ia adalah satu berita gembira buat bola sepak negara kerana Abd Rauf bukanlah nama asing dalam arena sukan berkenaan.

Memiliki pengalaman sebagai pemain dan turut berada dalam pengurusan ketika memegang jawatan pengurus pasukan Selangor sejak 2017 hingga 2020 menjadi faktor penting untuk FAM memiliki individu sedemikian bagi membangunkan bola sepak negara.

Abd Rauf sebelum ini berjaya membawa Selangor ke pentas final Piala FA 2018, selain menjadi Pengerusi Jawatankuasa Media Selangor dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk penggal 2018 – 2021, beliau turut pernah menjadi tonggak pertahanan Selangor di peringkat B15, B17 & B19 (1992-97) serta menjadi pemain utama pada 1999-2001.

Begitupun nama Abd Rauf sepi seketika daripada arena bola sepak tempatan susulan keputusan drastiknya melepaskan jawatan sebagai pengurus skuad Liga Super Selangor pada 2020.

Dalam pada itu, skuad B-23 negara yang sedang beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024 bakal berdepan aksi getir menentang tuan rumah Thailand, malam ini bagi memastikan status juara kumpulan menjadi milik mereka sekali gus meraih tiket automatik ke Piala Asia B-23 tahun depan.

Dua kemenangan sebelum ini iaitu menewaskan Bangladesh (2-0) dan Filipina (4-0) membuktikan skuad muda negara berada dalam prestasi terbaik untuk mengecewakan Thailand.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya