Areel terkilan digugurkan sebagai pengarah sekuel Mat Kilau

Areel terkilan digugurkan sebagai pengarah sekuel Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Areel Abu Bakar terkilan kerana digugurkan sebagai pengarah bagi filem sekuel Mat Kilau.

Katanya, penguguran tersebut dibuat selepas Filem kesinambungan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjudul Pendekar Awang itu sudah siap menjalani penggambaran dan sedang memasuki fasa suntingan.

“Saya sudah siapkan penggambaran 90 peratus tetapi produksi tiba-tiba minta hentikan penggambaran filem tanpa alasan kukuh.

“Memang kecewa sebab saya sudah letak sepenuh hati untuk menghasilkan filem ini.

“Saya bukan tarik diri. Tetapi status sebagai pengarah tergantung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Areel Abu Bakar ditemui selepas majlis sidang media dan tayangan perdana filem Walid baru-baru ini.

Menurutnya, pihak produksi ada memanggilnya untuk bersemuka ditemani dengan seorang peguam. Bagaimanapun, dakwa Areel pihak Studio Kembara gagal memberikan alasan bagi penamatan tersebut.

“Saya minta alasan tetapi mereka tak boleh jawab. Kalau nak kata filem ini terlebih bajet, semua kewangan produksi yang uruskan. Tambahan pula penggambaran tamat lebih awal daripada yang dijadualkan.

“Jadi, biarlah mereka selesaikan dahulu. Kalau mereka tak nak selesaikan apa-apa, saya akan keluarkan kenyataan secara rasmi,” katanya lagi.

Dalam pada itu , usaha Utusan Malaysia mendapatkan maklum balas daripada pihak Studio Kembara menemui jalan buntu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN