Amirudin hantar notis tuntutan kepada Sanusi - Utusan Malaysia

Amirudin hantar notis tuntutan kepada Sanusi

Amirudin Sanusi
AMIRUDIN Shari dan Muhammad Sanusi Md. Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghantar notis tuntutan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung fitnah dilakukan beliau berkenaan pemberian tanah kepada sebuah syarikat swasta.

Amirudin dalam satu kenyataan berkata, beliau menuntut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Jeneri itu menarik balik kenyataan fitnahnya, membuat permohonan maaf dan menjamin fitnah tidak berulang selain ganti rugi RM100 juta.

“Dalam surat yang sampaikan malam tadi, saya menuntut supaya Muhammad Sanusi melakukan perkara itu dalam tempoh 48 jam.

“Beliau juga perlu membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu yang menjejaskan institusi Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan Amirudin akan memfailkan saman terhadap Pengarah Pilihan Raya Negeri Perikatan Nasional (PN) itu yang mendakwa beliau mempunyai skandal melibatkan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Amirudin dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan Muhammad Sanusi dikatakan memfitnahnya menyerahkan tanah seluas 243 hektar di Selangor kepada Vincent Tan.

Menurutnya, fitnah tersebut disampaikan beliau dalam satu ucapan pada 2 Ogos di Jitra, Kedah.

Dalam pada itu, Amirudin menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang melalui proses mahkamah sekiranya Muhammad Sanusi enggan menuruti notis tuntutan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya